Wednesday, 31 August 2011
mutiara kata
Jangan berbangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti ialah kain kapan.
Jangan berbangga dan berlagak sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita ialah van jenazah dan papan keranda.
Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.
Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana kerana rumah terakhir kita nanti ialah kubur bertiang dua.
Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana apabila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.
Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak dan cantik kerana apabila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak dan dimakan
cacing.

it's all about you
You are ABCDEFGHIJK
A – Attractive
B – Brilliant
C – Cute
D – Dazzling
E – Excellent
F – Funny
G – Great
H – Hot
IJK- I Just Kidding
A – Attractive
B – Brilliant
C – Cute
D – Dazzling
E – Excellent
F – Funny
G – Great
H – Hot
IJK- I Just Kidding
tips ceria
Jika kamu resah, pandanglah wajahmu di cermin dan katakana… “Oh my God, Kiutnya aku”.. Tapi kena ingat… Jangan buat selalu sebab tak elok menipu…
oh my love!!!!!!!!!!
How I wish I could touch you, feel your body and hold you with my hand. I kiss your lips so fresh and sip the tastiest part of you..! I Love U… My refreshing Coca Cola!
hihihi huhu
Allah menciptakan manusia berpasangan, ada lelaki, ada wanita. Ada yang comel dan ada yang Hodoh. Yang comel tulis cerita lawak, yang hodoh baca lawak. Kita harus tabah menerimanya.
keh keh keh
Malaysia telah mengharamkan puak radikal seperti Al-Aqram, Al-Maunah, Al-Qaedah. Cuma satu puak lagi yang masih dibenarkan bergiat dan mempunyai ramai ahli iaitu “Alkohol” hahahaha
lalat hahaha????
Sang lalat dan bini lalat pergi merayau rayau mencari makan, mereka masuk ke dalam jamban untuk makan tahi. Bini lalat berkata..
Bini : “Bang, kenapa kita kena makan tahi hari-hari?”
Laki : “ Hish… Jangan cakap benda-benda kotor time makan!”

lawak.... 1
Angkat tangan! Ini satu rompakan, yang hnsem ke kiri, yang cun ke kanan, yang muka macam gerila tu, jangan pura pura membaca depan PC… Pergi ke tengah! Cepat!.
ayat terakhir...
Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,
Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...
Ahmad pun memulakan ceritanya...
Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

CERITA SEDIH
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang potong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "
hahahahaha...
Tuesday, 2 August 2011
--Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita---

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

novel syafiqah 7
BEBERAPA hari sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) bermula,semua pelajar tingkatan lima dikehendaki berkumpul di surau sekolah untuk majlis solat hajat dan mohon restu daripada guru-guru serta para ibu bapa.Ustaz Hashim mengetuai solat hajat pada hari itu.Usai solat hajat,sekali lagi beliau mengetuai bacaan doa.Sungguh panjang doa yang dibaca beliau.Al-maklumlah,dalam ISLAM sendiri pun amat digalakkan berdoa panjang-panjang lebih-lebih lagi untuk memohon sesuatu hajat daripadaNYA.Selepas itu,semua pelajar bersalaman dengan ibu bapa masing-masing,guru-guru serta rakan taulan bagi memohon kemaafan.Sudah menjadi fitrah manusia,setiap manusia pasti melakukan kesalahan.Ada yang sebak ketika memohon restu daripada ibu bapa,guru-guru dan rakan taulan.Pelajar perempuan kebanyakannya dilihat sudah teresak.Begitu juga dengan Syafiqah.Dipeluk rakannya satu persatu.Matanya melilau mencari kelibat Haslinda.Namun,dia hampa.Sedari tadi,wajah Haslinda bermain di matanya.Walaupun gadis itu selalu menyakitkan hatinya,tetapi dia tidak pernah sekalipun mendendami Haslinda.Puas dia bertanya kepada Nurul dan Elida,namun mereka hanya mendiamkan diri.Mulut mereka terkunci rapat seolah-olah ada rahsia yang sedang mereka sembunyikan.Ketika Syafiqah bersalaman dengan mereka pun,mereka buat endah tidak endah sahaja.Bersalam pun sambil lewa.Walaupun hati Syafiqah 'tercuit' dengan kelakuan mereka,namun dicuba sedaya upaya untuk tersenyum.
Selepas solat hajat sebentar tadi,Syafiqah segera berjalan menuju ke kelasnya.Ibunya tidak dapat menghadirkan diri kerana menjaga Farah yang tiba-tiba diserang demam panas.Adiknya itu tidak hadir ke sekolah pada hari ini.Pun begitu,dia sedikitpun tidak terkilan dengan ibunya.Dia yakin,doa ibunya sentisa mengiringi dirinya.Sedang asyik melayan perasaan,tiba-tiba satu suara memanggil namanya dari arah belakang.Segera dia menoleh.Dilihatnya Safwan berlari-lari anak menuju ke arahnya.
"Ika...."panggil Safwan setelah berhenti betul-betul di hadapan Syafiqah.Nafasnya turun naik.Termengah-mengah Safwan.
Penat barangkali mengejar dirinya,fikir Syafiqah sendiri.
"Ika..Wan betul-betul minta maaf daripada Ika.Wan berharap sangat agar Ika dapat memaafkan Wan..."beritahu Safwan jujur.Lunak matanya memandang Syafiqah.
"Eh,Wan ni.Merepek je.Tak ada apa-apalah,Ika okey.Wan tak ada salah pun dengan Ika sebenarnya.Ika dah lama maafkan Wan.."tutur Syafiqah lembut.Bibirnya menguntum senyum.
"Habis tu,kenapa beberapa minggu ni Ika jauhkan diri daripada Wan?Untuk pengetahuan Ika,Wan dah ajar si Haslinda itu cukup-cukup.Selepas ni,dah tak ada halangan lagi untuk kita terus bersahabat.."ujar Safwan.
"Er..hmm..Ika...Ika bukannya nak jauhkan diri daripada Wan,tapi...hm...Lynn tu lah yang selalu ada.Selalu perhatikan Ika.Wan pun dia perhati jugak.Ika tak selesalah.Lagipun,hari tu Ika tengok bukan main lagi Wan mesra dengan dia.Siap ajak dia study lagi.Ika senyum pun Wan buat bodoh.Macam rupa tak ada perasaan je.."luah Syafiqah.Tenang sedikit hatinya dapat meluahkan ketidak puasan hatinya walaupun tak sepenuhnya.
Safwan hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Syafiqah.
"Ika...Ika...kan Wan dah bagitahu tadi.Apa yang Ika lihat tak semestinya benda tu berlaku.Wan dah ajar dia cukup-cukup.Betul,Ika..."terang Safwan lagi.Syafiqah hanya tersenyum simpul.
"Ye lah tu..."jawab Syafiqah.
Di dalam hati,Safwan bersyukur kerana hubungan persahabatan antara dia dan Syafiqah kembali jernih.Mereka kembali menjadi teman tapi mesra.Namun,di suatu sudut tidak jauh dari mereka... ada mata-mata yang memandang penuh benci kepada mereka.Haslinda dan dua orang 'bodyguardnya' hanya memerhati dari jauh.Haslinda menyumpah seranah di dalam hati.Memang sejak tadi,dia langsung tidak 'memunculkan diri' di khalayak ramai.Sengaja dia berbuat demikian apatah lagi hari ini diadakan majlis solat hajat secara besar-besaran.Egonya tinggi melangit untuk tidak meminta maaf daripada rakan-rakan lain apatah lagi untuk memaafkan.Di dalam hati,dendamnya membara terhadap 'merpati dua sejoli' tu.Lebih-lebih lagi,Syafiqah.
"Siaplah kau nanti aku kerjakan..."bisik hati kecilnya bersama dendam yang kian memuncak.
"Walau apapun yang terjadi,Safwan akan tetap ku miliki..."

novel syafiqah 6
ARGGHH!!Haslinda melepaskan rasa yang terbuku di hati.Peristiwa tadi benar-benar menaikkan suhu kemarahannya.Rasa marah yang meluap-luap tidak dapat dibendung lagi.Dia dimalukan!Selepas dijemput pulang oleh ayahnya sebentar tadi,dia terus berkurung di dalam bilik.Semua barang yang tersusun rapi di atas meja di biliknya disepahkan.Habis semunya jatuh berselerakan.Mug kaca pemberian Nurul juga jatuh berkecai.
"Ya ALLAH...Linda!Apa semua ni?"sergah ibunya di depan pintu biliknya.Bergegas dia menjenguk bilik anak kesayangannya itu apabila terdengar benda berselerakan jatuh.Tiada reaksi daripada Haslinda.
"Linda!"Puan Aina bersuara tegas.Bilik anak tunggalnya bersepah.Langsung tiada rupa bilik,tetapi sebiji macam reban ayam.
"Kau keluar!Asyik membebel je.Aku serabut,kau faham tak?"tengking Haslinda kasar.
Puan Aina terkedu.Dia tidak menyangka,bahawa anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu sanggup memarahi dan menengkingnya sebegitu.Bergegas Puan Aina meninggalkan bilik anak tunggalnya dengan hati yang sebal.Hatinya terluka.
Haslina merengus kasar.Pintu biliknya dihempaskan sekuat hati.Marahnya masih tidak hilang.Rambutnya kusut masai.Sekusut jiwa dan fikirannya dengan amarah yang benar-benar menggila."Siap kau Safwan!"Marahnya di dalam hati.Dia nekad,akan berbuat sesuatu.
Safwan membelek telefon bimbit miliknya.Hendak menelefon Syafiqah,takut tidak berjawab pula.Hendak datang ke rumah gadis itu,takut dihalaunya pula.Sudahnya,dia mengadu kepada ibunya yang ketika itu sedang memasak di dapur.
"Wan buntu lah.mama.Dah lah nak dekat-dekat SPM macam ni,makin banyak pulak masalah yang timbul.Hmmm..."adu Safwan sambil menekurkan wajahnya ke lantai.Fikirannya betul-betul serabut.Dia perlu meminta maaf daripada Syafiqah.
"Wan..Wan..Syafiqah tu baik je orangnya.Tak adalah nak berdendam macam sape tu?Haslinda?Mama harap,Safwan tupu exam je sekarang ni.Dahla,tak payah fikir pasal ni,okey?"nasihat Puan Marissa sambil menepuk bahu Safwan lembut.
"Tapi,kan ma..Safwan memang tak fikir benda lain dah.Wan cuma nak minta kemaafan daripada Ika,ma..."luah Safwan.Hatinya tidak tenteram sebenarnya.Hal Haslinda,dia malas memikirkannya,Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu tempoh hari.
"Ikut Wan lah...tapi harap-harap lepas ni,hubungan antara Wan dan Ika bertambah bik...insyaALLAH..."doa Puan Marissa perlahan.Safwan tersenyum simpul.Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang ibu yang baik. Ibunya sangat memahami kondisi dirinya.

novel syafiqah 5
BEBERAPA minggu lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula..Semua pelajar tingkatan lima sibuk mengulang kaji pelajaran masing-masing.Segala benda yang menyerabutkan fikiran ditolak tepi terlebih dahulu.Syafiqah lebih senang membuat 'study group' dengan rakan-rakannya.Teknik ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan belajar bersendirian.Tapi,ianya bergantung kepada seseorang untuk belajar berkumpulan ataupun belajar bersendirian.Di suatu sudut,Haslinda dan dua orang 'bodyguardnya' hanya memerhati dari jauh Syafiqah dan teman-teman lain sedang berdiskusi tentang matapelajaran Fizik.Sebagai 'mentor',Syafiqah tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada teman-teman lain.Haslinda sedia maklum tentang itu.Namun,dia sangat bencikan gadis itu gara-gara seorang lelaki.Dia tidak nampak apa kelebihan Syafiqah sehinggakan Safwan boleh jatuh hati pada gadis itu.Haslinda langsung tidak menghiraukan buku yang dipegangnya.Dia malas untuk study.Baginya,masa ini hanyalah untuk goyang kaki tanpa mahu menyerabutkan otak membaca buku.'Aku kan bijak.Buat apa baca buku macam budak lembab tu!'Gumam hati kecilnya sendiri.Langsung tidak gentar dengan peperiksaan penting tersebut walhal,hanya beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan akan bermula.Nurul dan Elida juga begitu.Mereka terikut-ikut dengan perangai Haslinda.
Tiba-tiba sahaja mata Haslinda terpandangkan Safwan yang berjalan menuju ke arahnya.Wajah redup Safwan membuatkan dia tidak keruan.Apatah lagi,Safwan makin menghampiri dirinya dengan senyuman terukir di bibir.
"Hai,Wan..mari sini nak jumpa Lynn ke?"tanya Elida tiba-tiba.Haslinda menyiku temannya itu.
"Ha'ah.Nak jumpa dia.Ajak study.Kan dah dekat nak exam....."beritahu Safwan jujur.Di tangannya terdapat beberapa nota dan satu fail berwarna kuning.
"What?kita nak study sama-sama?yahooooooooo......"Haslinda bersorak kegembiraan sambil meloncat-loncat di hadapan Safwan.Di dalam hati,Safwan hanya menyumpah seranah Haslinda.Sungguh jengkel hatinya melihat perlakuan Haslinda yang dirasakan tak ubah macam budak tadika.Suara Haslinda yang menjerit keriangan betul-betul mengganggu diskusi antara Syafiqah dan teman-teman lain.Mata Syafiqah tiba-tiba tertancap pada Safwan.Tiba-tiba sahaja hatinya dipagut rasa kecewa.Hari itu,bukan main lagi Safwan memarahi Haslinda..alih-alih hari ini berbaik pula.Bibirnya diketap kuat.Dia cuba menahan rasa.Namun,cepat-cepat juga rasa itu diusir pergi.'Buat apa nak fikir lagi pasal ni?aku dah nak exam pun.Syafiqah...bagi tumpuan,pleaselah....'bisik hati kecilnya sendiri.Matanya beradu pandang dengan mata Safwan.Dia cuba tersenyum,namun Safwan buat muka bodoh.Mata Safwan dialihkan ke arah lain.Namun,dalam hatinya,hanya ALLAH yang tahu.Dia buat macam ni bersebab.Dia nekad akan mengajar Haslinda cukup-cukup.
Haslinda teruja kerana Safwan mengajaknya untuk berbincang tentang pelajaran.Sengaja dia mengambil tempat di sebelah Safwan.Safwan hanya membiarkan,namun dengan satu syarat.Nurul dan Elida perlu ikut sama..Haslinda hanya menurut walau dalam hati ingin sahaja dia duduk berdua-duaan dengan Safwan.Safwan sudah mula memasang strategi.Seandainya Haslinda tanpa segan silu mengambil kesempatan ke atasnya,dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
"Wan,Lynn suka sangat hari ini dapat belajar dengan Wan..."beritahu Haslinda dengan gaya manja.Rambutnya yang menggerbang dikuak ke belakang.Ditenung Safwan di sebelah dengan wajah lunak.Safwan hanya tersenyum simpul ke arahnya.Jelek dia dengan sikap Haslinda.
"Wan..Lynn sayangkan Wan..."ucap Haslinda perlahan sambil mencapai tangan Safwan lalu digenggam erat.Tangannya mengelus lembut pipi Safwan.Nurul dan Elida buat-buat tiadak nampak.Cuak betul mereka dengan perbuatan Haslinda.Safwan buat muka bodoh.Nasib baik imannya masih kuat.Langsung tidak rasa apa-apa apabila bersama Haslinda.Beberapa pasang mata yang lalu-lalang di hadapan mereka hanya memerhati.Ada yang tersiul-siul.Siapa tak kenal Haslinda @ Lynn di sekolah?pelajar paling meletup di sekolah mereka.
"Wan....."seru Haslinda lagi sambil merapatkan lagi jarak antara dia dengan Safwan.Kli ini,Safwan sudah tidak boleh bersabar lagi.Ditolaknya Haslinda sekuat hati sehinggakan gadis itu jatuh terjelepok di lantai simen berhadapan kelas mereka.
"Padan muka.Puas hati aku.Dah la gedik,miang pulak!Kau tu betul-betul perempuan murah yang langsung tak tahu malu!"Pekik Safwan lantang.Haslinda menggosok perlahan punggungnya.Sakitnya tidak terperi,namun digagahi juga untuk bangun.Di dalam hati,menyumpah seranah Safwan yang sanggup memperlakukannya sedemikian rupa.Mata-mata nakal yang sedari tadi hanya memerhati mentertawakan dirinya yang jatuh terjelepok macam nangka busuk saja bunyinya.Nurul dan Elida cuba membantu,namun cuba ditepis oleh Haslinda.
"Sampai hati kau buat aku macam ni.Aku tak sangka,kau langsung tak ada hati kat aku,sedangkan berlambak jantan kat sini meminati aku..."beritahu Haslinda bangga.Safwan hanya mencebir.
"Kalau setakat minat itu biasa,tapi untuk mereka menjadikan kau teman hidup,sorry banyak-banyak la.."beritahu Safwan kuat.
"Gedik nak mampus!"Pekik salah seorang teman Safwan,Hairul Hasbi namanya.Dia berdiri di hadapan Safwan.Jari telunjuknya dihalakan ke arah Haslinda.
"Kau tu berlagak.Aku tak pernah jumpa lagi perempuan macam kau ni.Huh,setakat muka je lawa buat apa?kami para pria ni tak berseleralah nak jadikan perempuan macam kau ni teman sehidup semati!"Hambur Hairul Hasbi dengan suara lantang.Haslinda terdiam.Dia dimalukan sebegitu rupa di hadapan ramai lelaki pada hari ini.Dirinya rasa tercabar.Tanpa membuang masa,dia terus angkat kaki dan terus blah dari situ membuatkan semua yang berada di situ mentertawakan dirinya.

novel syafiqah 4
KRINGGGG...!!!Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.Semua pelajar Tingkatan Lima Ibnu Khaldun bergegas keluar dari kelas selepas ketua kelas memberi arahan untuk bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar mereka.Syafiqah dan sahabat baiknya,Umairah tidak rehat pada hari itu.Mereka berpakat untuk ke perpustakaan sekolah bagi mengulang kaji pelajaran.Lebih kurang dua bulan sahaja lagi mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula November ini.Dan sejak peristiwa itulah,hubungan antara Syafiqah dan Safwan mulai renggang.Bukan Safwan tidak mengendahkan Syafiqah,tetapi gadis itu yang selalu mengelakkan diri daripada Safwan.Sudahnya,mereka mula membina benteng masing-masing.Ketika Syafiqah dan Umairah sedang khusyuk menelaah pelajaran pada ketika itu,Haslinda dan dua orang 'bodyguard'nya menghampiri mereka berdua.
"Kau nak apa?"tanya Umairah kasar.Geram dia melihat Haslinda yang buat muka bodoh itu.Berlagak sombong!Desis hati kecilnya.Haslinda merentap kasar buku yang dibaca Umairah.Marahnya meruap tiba-tiba.
"Hei,kau buat apa ni hah?kalau yer pun,janganlah lempar buku sesuka hati.Ni kan sumber ilmu.Tak berkat kau belajar nanti.Kau tengoklah!"Bentak Umairah geram.Bukan sengaja dia ingin menuturkan ayat tersebut,tapi itulah kenyataannya.Dia masih ingat pesanan ustazahnya suatu ketika dahulu bahawasanya salah satu punca daripada ilmu ialah buku.Dan,sebaiknya,hendaklah mejaga buku itu dengan baik dan jangan sesekali melempar buku lebih-lebih lagi yang terdapat ayat Al-Qur'an di dalamnya.Haslinda mencebir apabila mendengar kata-kata Umairah sebentar tadi.
"Ceh,kau tak payah tunjuk alim kat sini.Aku ni kan,bijak,Tak payah nak ulang kaji,atau buat group discussion ni.Otak aku ni geliga.Tak lah lembab macam kau dua ekor ni!"Haslinda menguatkan suaranya.Dia bangga apabila menuturkan ayat tersebut.Memanglah dia bijak,namun dia masih bongkak dan ego dengan orang lain.Nurul dan Elida terkekek-kekek ketawa melihat wajah Syafiqah dan Umairah yang cemberut geram.
"Jom,Umai..kita study tak tempat lain.Tak kuasa aku nak layan orang yang tak tahu bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan ALLAH ni.Semoga suatu hari nanti,ALLAH akan menyedarkannya..."kata Syafiqah sambil menarik perlahan pergelangan tangan Umairah dan terus blah dari situ.Dia perlu bersabar.Gara-gara dia,Haslinda turut membenci Umairah.Kata-kata Syafiqah langsung tidak memberi apa-apa kesan pada Haslinda.Malah,hati Haslinda menjerit keriangan kerana dapat membuatkan Syafiqah berasa 'panas hati' apabila berjumpa dengannya.
"Siaplah kau nanti......"gumam Haslinda perlahan namun cukup didengari Nurul dan Elida membuatkan mereka berdua kecut perut dengan kata-kata Haslinda yang dirasakan mereka amat menakutkan.Kerana,Haslinda sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu.Namun, di dalam hati mereka berdoa agar 'big bossnya' itu masih siuman dan tidak akan sesekali melakukan sesuatu di luar dugaan.
Syafiqah termenung sendirian di anjung rumahnya.Selepas solat asar sebentar tadi,dia membantu ibunya menyediakan minum petang.Kemudian,dia membantu adik-adiknya pula membuat kerja sekolah.Farhan dan Farah merupakan adik kembarnya yang sekarang berada di tingkatan satu.Kasihan dengan adik-adiknya.Tahun lepas,mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.Dan,mereka juga ditawarkan untuk ke asrama penuh.Namun,masalah kewangan yang dihadapi membantutkan hasrat mereka untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh.Sudahnya,mereka bersekolah di sekolah yang sama dengan Syafiqah sendiri.Pun begitu,adik-adiknya tidak mengeluh,apatah lagi menangisi nasib mereka sekeluarga sementelah kematian bapanya,Abdul Rahman kira-kira lima tahun lampau akibat kemalangan jalan raya.Mereka hilang punca rezeki.Ibu merekalah yang bertungkus lumus membesarkan mereka tiga beradik selama ini dengan berniaga kecil-kecilan.Berkat kesungguhan dan kesabaran ibunya bercucuk tanam di belakang rumah mereka,alhamdulillah,kehidupan mereka sedikit senang walaupun tak sesenang kehidupan orang lain.Dia dan adik-adiknya turut membantu ibu mereka apabila masa lapang.
"Jauh mengelamun....."
Syafiqah tersentak.Suara ibunya mengembalikan dia ke dunia realiti.Dia tersenyum sendiri.Jauh benar fikirannya mengelamun sebentar tadi.
"Duduklah,mak...."pelawa Syafiqah sambil memberi ruang kepada ibunya untuk duduk.Farhan,adiknya turut menghampiri mereka.Puan Habibah hanya menggeleng.
"Mak nak ke rumah Mak Cik Tijah kejap,Nak ambil baju yang mak tempah.Along tolong tengok-tengokkan adik-adik,ya?"tutur ibunya lembut.Patutlah selepas minum petang tadi,ibunya tergesa-gesa menyarungkan tudung di kepala.Nak ke rumah Mak Cik Tijah rupanya
"Ohh...okey.."jawab Syafiqah perlahan.Farhan yang sedari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk mensuakan buku tulis kepadanya.
"Along,tolong ajar.Tak faham...."pinta Farhan sambil menampakkan barisan giginya yang putih bersih.Syafiqah mejeling geram pada adiknya.Tahu benar dia perangai Farhan yang satu itu.Manja benar dengan dirinya.
"Ha'ah.Nantilah Along ajar.Pergi ambil buku rujukan atas meja dalam bilik Along kejap..."arah Syafiqah perlahan namun tegas pada pendengaran Farhan.Adiknya lantas menuruti arahannya.
Syafiqah rasa hendak tergelak melihat muka Farhan yang kembali serius selepas adiknya kembali ke anjung rumah dengan membawa buku yang dipinta Syafiqah.
Farhan....Farhan...desis hati kecilnya sendirian.

novel syafiqah 3
Kebiasaannya, Safwan akan mengulang kaji pelajarannya bersama-sama Syafiqah.Tetapi,dia bersendirian pada petang itu.Dia duduk di bangku bersebelahan dengan rumahnya.Safwan langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada pembacaannya.Buku dan nota subjek Kimia dibelek tanpa memahaminya.Fikirannya menerawang jauh.Rohnya terbang melayang mengigati peristiwa pagi tadi.Sekejap sekejap,dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Runsing memikirkan cara mahu memujuk Syafiqah.
"Assalamualaikum.."sayup-sayup kedengaran suara seseorang memberi salam.Mata Safwan cepat sahaja menangkap kelibat seseorang di luar pagar rumahnya.Dia bingkas bangun.Gadis berambut ikal mayang itu macam pernah dilihatnya.Apabila dia semakin menghampiri pintu pagar rumahnya,api kemarahannya kembali mendidih.Bibirnya merengus kasar.
"Kau?nak apa datang sini?"tanya Safwan sambil mengetap bibirnya kuat.Haslinda buat muka bodoh.
"Saya datang ni nak mintak maaf.Salah ke?"jawab Haslinda.Dia menunduk.Namun,dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu.Dia menyumpah-nyumpah Safwan di dalam hati.Namun,dia perlu merebut hati Safwan itu dengan cara berpura-pura baik.
Safwan menatapnya tajam dari atas sampai bawah.Penampilan Haslinda pada petang itu berlainan sekali.Dia berbaju kurung!Jelek betul penampilan gadis itu pada pandangannya yang dirasakan hanya "lakonan" semata-mata.
''Kau pergi baliklah!Tak kuasa aku nak layan perempuan gedik macam kau ni!"Bentak Safwan kasar lantas meninggalkan Haslinda terkulat-kulat keseorangan disitu.Apa nak jadi,jadilah!Perkara utama yang difikirkannya sekarang ialah Syafiqah.Titik.
Puan Marissa hanya memerhati dari jauh pertengkaran antara anaknya dan Haslinda.Dia mengenali Haslinda kerana gadis itu merupakan anak kawan baik suaminya sendiri.Lebih-lebih lagi,bapa Haslinda sendiri merupakan pesaing utama suaminya dalam bisnes perniagaan.Namun,hatinya langsung tidak berkenan dengan sikap Haslinda.Walaupun gadis itu mempunyai wajah yang cukup menawan,namun sifat kegedikannya jelas terserlah.Sikap mengada-ngada,manja yang dibuat-buat benar-benar membuatkannya tidak selesa suatu ketika dulu tatkala gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai teman rapat Safwan.Masa itu,majlis sambutan hari lahir Safwan yang diadakan di rumahnya.Semua rakan-rakan Safwan dijemput hadir.Ya,dia masih mengigati gadis itu.Sudahnya,dia memerhatikan sahaja Haslinda meninggalkan perkarangan rumahnya dengan seribu satu persoalan yang berlegar-legar di fikirannya.
USAI solat Isyak,Safwan melabuhkan punggungnya di atas sofa.Dan,pada kesempatan itu jugalah Puan Marissa datang menghampirinya.
"Safwan,boleh mama tanya sikit?"tanya Puan Marissa sambil menatap lembut wajah anaknya.Safwan hanya mengangguk.Kepalanya ditundukkan.Dia tahu,mamanya ingin menyoal masalah peribadinya.Mungkin mama melihat dirinya dengan Haslinda petang tadi.Fikirannya ligat berfikir.
"Mama tengok Safwan macam ada masalah je.Kalau tak keberatan,kongsilah dengan mama.Mana tahu mama boleh tolong.."beritahu Puan Marissa.Safwan mengeluh kecil.Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.Kenapa sesak sangat dadanya hari ini?
"Mama,Wan tak tahu nak start daripada mana,ma.Nak kata berat tu,tak jugalah.Wan hanya fikir pasal Syafiqah je sekarang ni..."beritahu Safwan jujur.
Puan Marissa mula mengimbas kembali wajah Syafiqah.Cuba mengigati gadis itu.Wajah itu putih melepak.Walaupun badannya sedikit berisi,tetapi dia tetap 'menawan' pada pandangan matanya.Ibaratnya,sejuk mata memandang.Gadis itu berbeza daripada gadis-gadis lain.Gadis itu sangat berbudi bahasa dan penyantun orangnya serta menghormati orang tua.Tanpa dipinta,Safwan menceritakan segalanya kepada Puan Marissa dari awal sampai akhir.Dia mengerti dan faham perasaan anaknya.Al-maklumlah,remaja.Anaknya menyimpan perassan pada gadis bernama Syafiqah.Masalahnya,Safwan tidak tahu cara untuk memujuk kembali gadis itu.Akhirnya,dia senyum sendiri.Mula mendapat idea untuk memulihkan kembali hubungan antara Safwan dan gadis itu.

novel syafiqah 2
Haslinda mencerlungnya tajam.Tangannya menunjal nunjal dahi Syafiqah.Perempuan tak sedar diri!Dahla gemuk...ada hati nak tackle pakwe orang!
Syafiqah membiarkan sahaja perbuatan Haslinda itu.Tidak kuasa dia membalasnya.Kepalanya ditundukkan.Ya,dia sedar kelemahan dirinya.Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Haslinda.Mata Syafiqah sudah mula berkaca-kaca.Bila-bila sahaja empangan air matanya akan pecah.Dia harus kuat. Wajah Safwan sudah merah padam.Perbuatan Haslinda terhadap Syafiqah benar benar membuatkannya 'panas punggung'.Marahnya bukan main.
"Siapa perempuan yang tak tahu malu?siapa?kau tu perempuan tak tahu malu.Sesuka hati kau saja mengaku aku ni pakwe kau la,apa la.Lagipun,aku tak pernah ada perasaan pada kau la.Kau tu perasan diri kau cantik!Cantik tapi perangai macam "setan" wat apa???dan untuk pengetahuan kau,aku dah lama simpan perasaan pada Syafiqah ni.Dia tetap di hati aku sampai bila-bila!"
Sesudah Safwan menghamburkan marahnya pada Haslinda,dan 'membongkarkan' isi hatinya,Syafiqah terus 'angkat kaki' dan terus blah daripada situ.Dia sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ni.Dan, dia memasang tekad.Hari ini,hubungan persahabatan antara dia dan Safwan akan putus!Safwan terpinga-pinga dengan reaksi Syafiqah itu
manakala Haslinda sudah mula 'merah padam' wajahnya.Menahan marah barangkali pada Safwan kerana telah menjatuhkan air mukanya di hadapan sahabat karibnya yang dianggap 'bodyguard' dan juga Syafiqah.Nurul dan Elida sudah kecut perut
dengan tengkingan Safwan.Tanpa sepatah kata,Safwan juga turut meninggalkan mereka bertiga dengan perasaan yang begitu sukar digambarkan.
SYAFIQAH menangis semahu-mahunya apabila pulang ke rumah .Dia mengurungkan diri di dalam bilik.Sebaik sahaja tamat persekolahan tadi,laju sahaja kakinya menghayunkan kaki pulang ke rumah.Safwan tidak jemu-jemu mengejarnya.Untuk apa,dia sendiri pun tidak tahu.Berkali-kali juga Safwan minta maaf dengannya.Namun,dia hanya mendiamkan diri.
Deringan telefon langsung tidak diendahkan.Dia tahu Safwan yang menelefon.Ah.biarkanlah!Desis hati kecilnya.Kepalanya dibaringkan.Dia letih.Tersangat letih hari ini.Otaknya sudah tidak mampu memikirkan apa-apa lagi.Matanya juga sudah merah akibat terlalu kerap menangis hari ini.Sudahnya,dia tertidur di atas tilam empuknya.
Safwan mundar mandir di dalam biliknya.Usai mengulang kaji sebentar tadi,ringan sahaja tangannya mendail nombor telefon bimbit milik Syafiqah.Dia hampa.Gadis itu langsung tidak mengangkat telefonnya.Marahkah gadis itu padanya?ah,lantaklah!Sekurang-kurangnya,Syafiqah tahu isi hati dia yang sebenar.Puan Marissa hanya memerhati dari jauh gerak- geri anak terunanya sejak tadi.Sebagai ibu,dia runsing melihat anaknya berkeadaan begitu.Ditambah pula,Safwan itu merupakan satu-satunya anak teruna dalam keluarga.Adlina,anak sulungnya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang kedoktoran.Manakala,anak kedua pula,Julia pula sedang mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Syariah.Tahun ini merupakan semester akhir bagi Julia.Puan Marissa mengeluh sendiri.Kini,hanya tinggal Safwan dan Insyirah,anak bongsunya di rumah.Suaminya seringkali sibuk dengan dunia perniagaannya sendiri.Namun,tanggungjawab terhadap keluarga tidak pernah diabaikan.

novel syafiqah 1
SYAFIQAH leka melihat sepasang merpati yang hinggap di dahan pokok.Begitu riang sekali haiwan itu berlagu lagu indah.
Namun,tidak hatinya.Matanya masih lagi tertancap pada sepasang merpati tersebut.Masih tidak lekang.Begitu asyik sekali sehinggakan bahunya disentuh pun langsung tidak disedari.
"Ika..."panggil seseorang sambil menyentuh lembut bahunya.Syafiqah tersentak seketika.Lantas berpaling melihat insan yang menegurnya.
"La...Wan rupanya..ingatkan sape tadi..."
"Amboi...termenung nampak.Tengok apa?"tanya Safwan sambil melabuhkan punggung di sebelah Syafiqah.
Dia hanya membiarkan saja pertanyaan Safwan.Matanya masih lagi melihat sepasang merpati tersebut.Apa yang menariknya pun,dia tak tahulah.
"Hei...what's wrong with you,Ika?"tanya Safwan sambil menatap tajam ke arah Syafiqah.Berkerut-kerut dahinya.Dia pelik dengan Ika.Biasanya,gadis itu banyak cakap apabila bersamanya,namun kali ini tidak.Syafiqah hanya menggeleng.Tersenyum simpul pada Safwan
"Hah,menung apa tu?ingat pakwe?"
"Tak ada apa apa lah,Wan.Ika just tengok "A coupling bird" je..hehehe..."
"Hah?!mana?mana?"tanya Safwan dengan riak sedikit terkejut sambil tercari cari "coupling bird" tersebut.
"Hahaha.Wan...Wan..tu dia "coupling bird" tu.." kata Syafiqah sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sebatang pokok yang tidak jauh dari mereka.Al maklumlah,mereka sekarang berada di hadapan sekolah mereka.
"Ooo...tu dia..erm..kan best kalau kita jadik macam "coupling bird" tu kan...."bersahaja Safwan mengeluarkan ayat tersebut.Matanya memandang Syafiqah yang ternyata langsung tiada riak riak terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi.Syafiqah hanya buat muka selamba.Buat buat tidak dengar.
Safwan mengeluh kecil.Ternyata dia hanya bertepuk sebelah tangan.Syafiqah langsung tiada perasaan padanya.Sejak dari form 1 lagi,dia sudah meminati gadis berkulit putih itu dalam diam.Syafiqah berbadan sedikit gempal,namun masih lagi "menarik" pada penglihatannya.Sekarang,mereka berada dalam form 5 dan akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.Bagi Safwan,Syafiqah bukan sembarangan gadis.Walaupan terdapat ramai lagi perempuan perempuan yang paling hot dan cantik di sekolah mereka,namun hati Safwan tetap terpaut pada Syafiqah.Syafiqah menerima dirinya sebagai kawan sejak form 1 lagi.
"Oitt...ni apa kes ni?Wan menung apa?teringat awek ke?"tanya Syafiqah berbasa basi.Tadi bukan main Safwan menyakatnya,kini giliran dia pula mengenakan Safwan.
"Ha'ah..ingat kat awek.Tapi,awek tu yang tak layan kita ni..."kata sambil memandang wajah Syafiqah.
"Ye lah tu..."Syafiqah tak kuasa nak melayan Safwan lebih lebih.Nanti melalut pula jadinya.
"Hoi!!!"
Suatu sergahan suara membuatkan Syafiqah dan Safwan berpaling serentak ke arah datangnya suara tersebut.Terkejut mereka dengan kehadiran Haslinda dan dua orang kawannya.Mereka bertiga menghampiri Syafiqah dan Safwan.
"Hoi,betina!Perempuan miang!Ada hati kau nak rampas Safwan daripada aku?" marah Haslinda pada Syafiqah.Kali ini dia sudah tidak tahan lagi melihat kemesraan mereka berdua.Biarlah Safwan nak kata apa pun padanya.Lantaklah!Sudah lama dia menggoda Safwan,jejaka paling macho di sekolah mereka.Dah la anak orang berada,kacak,bijak lagi tu.Sape yang tak nakkan?
Berkerut kerut dahi Syafiqah memandang Haslinda.Safwan juga begitu.
Haslinda mengisyaratkan matanya kepada dua orang "bodyguardnya" untuk menghalau Syafiqah.Nurul dan Elida hanya mengangguk.Lantas,mereka berdua segera menarik tangan Syafiqah agar berdiri.
"Huh,kau ni berat betul la.Mengalahkan tong gas betul!" Bebel Nurul yang kurus melidi sambil tangannya memegang kemas pergelangan Syafiqah.Mengarahkan agar Syafiqah bangun daripada duduk berlama lamaan dengan Safwan.
Syafiqah hanya menurut. (ikuti sambungannya)~direka sendiri.bukan ciplak tau!!!~

errr.... new format??
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.
Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

today....
I heard someone whisper your name today, but when I turned around to see who it was…..
I noticed I was noticed I was alone, then I realized it was my heart telling me how much I miss you….!!!!!!

andai kau sahabatku....
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai kasturi yang mengharum.
Sahabat yang sejati sebagai pendorong impian.
Sahabat yang berhati mulia penunjuk jalan ke syurga…
Andai kata kau sahabat aku yang beriman… kau doronglah aku ke pangkal jalan…
Andai kata kau sahabat aku yang setia… kau memperindahkanlah hidup aku yang penuh dengan kehinaan…
Andai kata kau sahabat aku yang sejati… kau bantulah aku untuk mencapai cita-cita yang murni…
Andai kata kau sahabat aku yang berhati mulia… kau pimpinlah aku ke jalan yang diredhai…
Jikalau kau bersamaku ketika diperlukan… kau lah sahabat yang terbaik… aku akan pastikan nama mu sentiasa ada dalam bisikan doaku kepada yang Esa…
Kaulah… sahabat yang setia berada disisiku… walaupun hidupku penuh dengan kehinaan… hanya kau yang sudi berbual denganku…
Mungkin tanpa kau… hidup aku sentiasa sunyi…

Subscribe to:
Comments (Atom)