Tuesday, 2 August 2011

novel syafiqah 2

Haslinda mencerlungnya tajam.Tangannya menunjal nunjal dahi Syafiqah.Perempuan tak sedar diri!Dahla gemuk...ada hati nak tackle pakwe orang!
Syafiqah membiarkan sahaja perbuatan Haslinda itu.Tidak kuasa dia membalasnya.Kepalanya ditundukkan.Ya,dia sedar kelemahan dirinya.Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Haslinda.Mata Syafiqah sudah mula berkaca-kaca.Bila-bila sahaja empangan air matanya akan pecah.Dia harus kuat. Wajah Safwan sudah merah padam.Perbuatan Haslinda terhadap Syafiqah benar benar membuatkannya 'panas punggung'.Marahnya bukan main.
"Siapa perempuan yang tak tahu malu?siapa?kau tu perempuan tak tahu malu.Sesuka hati kau saja mengaku aku ni pakwe kau la,apa la.Lagipun,aku tak pernah ada perasaan pada kau la.Kau tu perasan diri kau cantik!Cantik tapi perangai macam "setan" wat apa???dan untuk pengetahuan kau,aku dah lama simpan perasaan pada Syafiqah ni.Dia tetap di hati aku sampai bila-bila!"
Sesudah Safwan menghamburkan marahnya pada Haslinda,dan 'membongkarkan' isi hatinya,Syafiqah terus 'angkat kaki' dan terus blah daripada situ.Dia sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ni.Dan, dia memasang tekad.Hari ini,hubungan persahabatan antara dia dan Safwan akan putus!Safwan terpinga-pinga dengan reaksi Syafiqah itu
manakala Haslinda sudah mula 'merah padam' wajahnya.Menahan marah barangkali pada Safwan kerana telah menjatuhkan air mukanya di hadapan sahabat karibnya yang dianggap 'bodyguard' dan juga Syafiqah.Nurul dan Elida sudah kecut perut
dengan tengkingan Safwan.Tanpa sepatah kata,Safwan juga turut meninggalkan mereka bertiga dengan perasaan yang begitu sukar digambarkan.


SYAFIQAH menangis semahu-mahunya apabila pulang ke rumah .Dia mengurungkan diri di dalam bilik.Sebaik sahaja tamat persekolahan tadi,laju sahaja kakinya menghayunkan kaki pulang ke rumah.Safwan tidak jemu-jemu mengejarnya.Untuk apa,dia sendiri pun tidak tahu.Berkali-kali juga Safwan minta maaf dengannya.Namun,dia hanya mendiamkan diri.
Deringan telefon langsung tidak diendahkan.Dia tahu Safwan yang menelefon.Ah.biarkanlah!Desis hati kecilnya.Kepalanya dibaringkan.Dia letih.Tersangat letih hari ini.Otaknya sudah tidak mampu memikirkan apa-apa lagi.Matanya juga sudah merah akibat terlalu kerap menangis hari ini.Sudahnya,dia tertidur di atas tilam empuknya.


Safwan mundar mandir di dalam biliknya.Usai mengulang kaji sebentar tadi,ringan sahaja tangannya mendail nombor telefon bimbit milik Syafiqah.Dia hampa.Gadis itu langsung tidak mengangkat telefonnya.Marahkah gadis itu padanya?ah,lantaklah!Sekurang-kurangnya,Syafiqah tahu isi hati dia yang sebenar.Puan Marissa hanya memerhati dari jauh gerak- geri anak terunanya sejak tadi.Sebagai ibu,dia runsing melihat anaknya berkeadaan begitu.Ditambah pula,Safwan itu merupakan satu-satunya anak teruna dalam keluarga.Adlina,anak sulungnya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang kedoktoran.Manakala,anak kedua pula,Julia pula sedang mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Syariah.Tahun ini merupakan semester akhir bagi Julia.Puan Marissa mengeluh sendiri.Kini,hanya tinggal Safwan dan Insyirah,anak bongsunya di rumah.Suaminya seringkali sibuk dengan dunia perniagaannya sendiri.Namun,tanggungjawab terhadap keluarga tidak pernah diabaikan.

No comments:

Post a Comment