Tuesday, 2 August 2011

novel syafiqah 6

ARGGHH!!Haslinda melepaskan rasa yang terbuku di hati.Peristiwa tadi benar-benar menaikkan suhu kemarahannya.Rasa marah yang meluap-luap tidak dapat dibendung lagi.Dia dimalukan!Selepas dijemput pulang oleh ayahnya sebentar tadi,dia terus berkurung di dalam bilik.Semua barang yang tersusun rapi di atas meja di biliknya disepahkan.Habis semunya jatuh berselerakan.Mug kaca pemberian Nurul juga jatuh berkecai.
"Ya ALLAH...Linda!Apa semua ni?"sergah ibunya di depan pintu biliknya.Bergegas dia menjenguk bilik anak kesayangannya itu apabila terdengar benda berselerakan jatuh.Tiada reaksi daripada Haslinda.
"Linda!"Puan Aina bersuara tegas.Bilik anak tunggalnya bersepah.Langsung tiada rupa bilik,tetapi sebiji macam reban ayam.
"Kau keluar!Asyik membebel je.Aku serabut,kau faham tak?"tengking Haslinda kasar.
Puan Aina terkedu.Dia tidak menyangka,bahawa anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu sanggup memarahi dan menengkingnya sebegitu.Bergegas Puan Aina meninggalkan bilik anak tunggalnya dengan hati yang sebal.Hatinya terluka.
Haslina merengus kasar.Pintu biliknya dihempaskan sekuat hati.Marahnya masih tidak hilang.Rambutnya kusut masai.Sekusut jiwa dan fikirannya dengan amarah yang benar-benar menggila."Siap kau Safwan!"Marahnya di dalam hati.Dia nekad,akan berbuat sesuatu.



Safwan membelek telefon bimbit miliknya.Hendak menelefon Syafiqah,takut tidak berjawab pula.Hendak datang ke rumah gadis itu,takut dihalaunya pula.Sudahnya,dia mengadu kepada ibunya yang ketika itu sedang memasak di dapur.
"Wan buntu lah.mama.Dah lah nak dekat-dekat SPM macam ni,makin banyak pulak masalah yang timbul.Hmmm..."adu Safwan sambil menekurkan wajahnya ke lantai.Fikirannya betul-betul serabut.Dia perlu meminta maaf daripada Syafiqah.
"Wan..Wan..Syafiqah tu baik je orangnya.Tak adalah nak berdendam macam sape tu?Haslinda?Mama harap,Safwan tupu exam je sekarang ni.Dahla,tak payah fikir pasal ni,okey?"nasihat Puan Marissa sambil menepuk bahu Safwan lembut.
"Tapi,kan ma..Safwan memang tak fikir benda lain dah.Wan cuma nak minta kemaafan daripada Ika,ma..."luah Safwan.Hatinya tidak tenteram sebenarnya.Hal Haslinda,dia malas memikirkannya,Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu tempoh hari.
"Ikut Wan lah...tapi harap-harap lepas ni,hubungan antara Wan dan Ika bertambah bik...insyaALLAH..."doa Puan Marissa perlahan.Safwan tersenyum simpul.Dia bersyukur kerana dianugerahkan seorang ibu yang baik. Ibunya sangat memahami kondisi dirinya.

No comments:

Post a Comment