BEBERAPA hari sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) bermula,semua pelajar tingkatan lima dikehendaki berkumpul di surau sekolah untuk majlis solat hajat dan mohon restu daripada guru-guru serta para ibu bapa.Ustaz Hashim mengetuai solat hajat pada hari itu.Usai solat hajat,sekali lagi beliau mengetuai bacaan doa.Sungguh panjang doa yang dibaca beliau.Al-maklumlah,dalam ISLAM sendiri pun amat digalakkan berdoa panjang-panjang lebih-lebih lagi untuk memohon sesuatu hajat daripadaNYA.Selepas itu,semua pelajar bersalaman dengan ibu bapa masing-masing,guru-guru serta rakan taulan bagi memohon kemaafan.Sudah menjadi fitrah manusia,setiap manusia pasti melakukan kesalahan.Ada yang sebak ketika memohon restu daripada ibu bapa,guru-guru dan rakan taulan.Pelajar perempuan kebanyakannya dilihat sudah teresak.Begitu juga dengan Syafiqah.Dipeluk rakannya satu persatu.Matanya melilau mencari kelibat Haslinda.Namun,dia hampa.Sedari tadi,wajah Haslinda bermain di matanya.Walaupun gadis itu selalu menyakitkan hatinya,tetapi dia tidak pernah sekalipun mendendami Haslinda.Puas dia bertanya kepada Nurul dan Elida,namun mereka hanya mendiamkan diri.Mulut mereka terkunci rapat seolah-olah ada rahsia yang sedang mereka sembunyikan.Ketika Syafiqah bersalaman dengan mereka pun,mereka buat endah tidak endah sahaja.Bersalam pun sambil lewa.Walaupun hati Syafiqah 'tercuit' dengan kelakuan mereka,namun dicuba sedaya upaya untuk tersenyum.
Selepas solat hajat sebentar tadi,Syafiqah segera berjalan menuju ke kelasnya.Ibunya tidak dapat menghadirkan diri kerana menjaga Farah yang tiba-tiba diserang demam panas.Adiknya itu tidak hadir ke sekolah pada hari ini.Pun begitu,dia sedikitpun tidak terkilan dengan ibunya.Dia yakin,doa ibunya sentisa mengiringi dirinya.Sedang asyik melayan perasaan,tiba-tiba satu suara memanggil namanya dari arah belakang.Segera dia menoleh.Dilihatnya Safwan berlari-lari anak menuju ke arahnya.
"Ika...."panggil Safwan setelah berhenti betul-betul di hadapan Syafiqah.Nafasnya turun naik.Termengah-mengah Safwan.
Penat barangkali mengejar dirinya,fikir Syafiqah sendiri.
"Ika..Wan betul-betul minta maaf daripada Ika.Wan berharap sangat agar Ika dapat memaafkan Wan..."beritahu Safwan jujur.Lunak matanya memandang Syafiqah.
"Eh,Wan ni.Merepek je.Tak ada apa-apalah,Ika okey.Wan tak ada salah pun dengan Ika sebenarnya.Ika dah lama maafkan Wan.."tutur Syafiqah lembut.Bibirnya menguntum senyum.
"Habis tu,kenapa beberapa minggu ni Ika jauhkan diri daripada Wan?Untuk pengetahuan Ika,Wan dah ajar si Haslinda itu cukup-cukup.Selepas ni,dah tak ada halangan lagi untuk kita terus bersahabat.."ujar Safwan.
"Er..hmm..Ika...Ika bukannya nak jauhkan diri daripada Wan,tapi...hm...Lynn tu lah yang selalu ada.Selalu perhatikan Ika.Wan pun dia perhati jugak.Ika tak selesalah.Lagipun,hari tu Ika tengok bukan main lagi Wan mesra dengan dia.Siap ajak dia study lagi.Ika senyum pun Wan buat bodoh.Macam rupa tak ada perasaan je.."luah Syafiqah.Tenang sedikit hatinya dapat meluahkan ketidak puasan hatinya walaupun tak sepenuhnya.
Safwan hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Syafiqah.
"Ika...Ika...kan Wan dah bagitahu tadi.Apa yang Ika lihat tak semestinya benda tu berlaku.Wan dah ajar dia cukup-cukup.Betul,Ika..."terang Safwan lagi.Syafiqah hanya tersenyum simpul.
"Ye lah tu..."jawab Syafiqah.
Di dalam hati,Safwan bersyukur kerana hubungan persahabatan antara dia dan Syafiqah kembali jernih.Mereka kembali menjadi teman tapi mesra.Namun,di suatu sudut tidak jauh dari mereka... ada mata-mata yang memandang penuh benci kepada mereka.Haslinda dan dua orang 'bodyguardnya' hanya memerhati dari jauh.Haslinda menyumpah seranah di dalam hati.Memang sejak tadi,dia langsung tidak 'memunculkan diri' di khalayak ramai.Sengaja dia berbuat demikian apatah lagi hari ini diadakan majlis solat hajat secara besar-besaran.Egonya tinggi melangit untuk tidak meminta maaf daripada rakan-rakan lain apatah lagi untuk memaafkan.Di dalam hati,dendamnya membara terhadap 'merpati dua sejoli' tu.Lebih-lebih lagi,Syafiqah.
"Siaplah kau nanti aku kerjakan..."bisik hati kecilnya bersama dendam yang kian memuncak.
"Walau apapun yang terjadi,Safwan akan tetap ku miliki..."
No comments:
Post a Comment