Tuesday, 2 August 2011

novel syafiqah 4

KRINGGGG...!!!Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.Semua pelajar Tingkatan Lima Ibnu Khaldun bergegas keluar dari kelas selepas ketua kelas memberi arahan untuk bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar mereka.Syafiqah dan sahabat baiknya,Umairah tidak rehat pada hari itu.Mereka berpakat untuk ke perpustakaan sekolah bagi mengulang kaji pelajaran.Lebih kurang dua bulan sahaja lagi mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula November ini.Dan sejak peristiwa itulah,hubungan antara Syafiqah dan Safwan mulai renggang.Bukan Safwan tidak mengendahkan Syafiqah,tetapi gadis itu yang selalu mengelakkan diri daripada Safwan.Sudahnya,mereka mula membina benteng masing-masing.Ketika Syafiqah dan Umairah sedang khusyuk menelaah pelajaran pada ketika itu,Haslinda dan dua orang 'bodyguard'nya menghampiri mereka berdua.
"Kau nak apa?"tanya Umairah kasar.Geram dia melihat Haslinda yang buat muka bodoh itu.Berlagak sombong!Desis hati kecilnya.Haslinda merentap kasar buku yang dibaca Umairah.Marahnya meruap tiba-tiba.
"Hei,kau buat apa ni hah?kalau yer pun,janganlah lempar buku sesuka hati.Ni kan sumber ilmu.Tak berkat kau belajar nanti.Kau tengoklah!"Bentak Umairah geram.Bukan sengaja dia ingin menuturkan ayat tersebut,tapi itulah kenyataannya.Dia masih ingat pesanan ustazahnya suatu ketika dahulu bahawasanya salah satu punca daripada ilmu ialah buku.Dan,sebaiknya,hendaklah mejaga buku itu dengan baik dan jangan sesekali melempar buku lebih-lebih lagi yang terdapat ayat Al-Qur'an di dalamnya.Haslinda mencebir apabila mendengar kata-kata Umairah sebentar tadi.
"Ceh,kau tak payah tunjuk alim kat sini.Aku ni kan,bijak,Tak payah nak ulang kaji,atau buat group discussion ni.Otak aku ni geliga.Tak lah lembab macam kau dua ekor ni!"Haslinda menguatkan suaranya.Dia bangga apabila menuturkan ayat tersebut.Memanglah dia bijak,namun dia masih bongkak dan ego dengan orang lain.Nurul dan Elida terkekek-kekek ketawa melihat wajah Syafiqah dan Umairah yang cemberut geram.
"Jom,Umai..kita study tak tempat lain.Tak kuasa aku nak layan orang yang tak tahu bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan ALLAH ni.Semoga suatu hari nanti,ALLAH akan menyedarkannya..."kata Syafiqah sambil menarik perlahan pergelangan tangan Umairah dan terus blah dari situ.Dia perlu bersabar.Gara-gara dia,Haslinda turut membenci Umairah.Kata-kata Syafiqah langsung tidak memberi apa-apa kesan pada Haslinda.Malah,hati Haslinda menjerit keriangan kerana dapat membuatkan Syafiqah berasa 'panas hati' apabila berjumpa dengannya.
"Siaplah kau nanti......"gumam Haslinda perlahan namun cukup didengari Nurul dan Elida membuatkan mereka berdua kecut perut dengan kata-kata Haslinda yang dirasakan mereka amat menakutkan.Kerana,Haslinda sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu.Namun, di dalam hati mereka berdoa agar 'big bossnya' itu masih siuman dan tidak akan sesekali melakukan sesuatu di luar dugaan.


Syafiqah termenung sendirian di anjung rumahnya.Selepas solat asar sebentar tadi,dia membantu ibunya menyediakan minum petang.Kemudian,dia membantu adik-adiknya pula membuat kerja sekolah.Farhan dan Farah merupakan adik kembarnya yang sekarang berada di tingkatan satu.Kasihan dengan adik-adiknya.Tahun lepas,mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.Dan,mereka juga ditawarkan untuk ke asrama penuh.Namun,masalah kewangan yang dihadapi membantutkan hasrat mereka untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh.Sudahnya,mereka bersekolah di sekolah yang sama dengan Syafiqah sendiri.Pun begitu,adik-adiknya tidak mengeluh,apatah lagi menangisi nasib mereka sekeluarga sementelah kematian bapanya,Abdul Rahman kira-kira lima tahun lampau akibat kemalangan jalan raya.Mereka hilang punca rezeki.Ibu merekalah yang bertungkus lumus membesarkan mereka tiga beradik selama ini dengan berniaga kecil-kecilan.Berkat kesungguhan dan kesabaran ibunya bercucuk tanam di belakang rumah mereka,alhamdulillah,kehidupan mereka sedikit senang walaupun tak sesenang kehidupan orang lain.Dia dan adik-adiknya turut membantu ibu mereka apabila masa lapang.
"Jauh mengelamun....."
Syafiqah tersentak.Suara ibunya mengembalikan dia ke dunia realiti.Dia tersenyum sendiri.Jauh benar fikirannya mengelamun sebentar tadi.
"Duduklah,mak...."pelawa Syafiqah sambil memberi ruang kepada ibunya untuk duduk.Farhan,adiknya turut menghampiri mereka.Puan Habibah hanya menggeleng.
"Mak nak ke rumah Mak Cik Tijah kejap,Nak ambil baju yang mak tempah.Along tolong tengok-tengokkan adik-adik,ya?"tutur ibunya lembut.Patutlah selepas minum petang tadi,ibunya tergesa-gesa menyarungkan tudung di kepala.Nak ke rumah Mak Cik Tijah rupanya
"Ohh...okey.."jawab Syafiqah perlahan.Farhan yang sedari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk mensuakan buku tulis kepadanya.
"Along,tolong ajar.Tak faham...."pinta Farhan sambil menampakkan barisan giginya yang putih bersih.Syafiqah mejeling geram pada adiknya.Tahu benar dia perangai Farhan yang satu itu.Manja benar dengan dirinya.
"Ha'ah.Nantilah Along ajar.Pergi ambil buku rujukan atas meja dalam bilik Along kejap..."arah Syafiqah perlahan namun tegas pada pendengaran Farhan.Adiknya lantas menuruti arahannya.
Syafiqah rasa hendak tergelak melihat muka Farhan yang kembali serius selepas adiknya kembali ke anjung rumah dengan membawa buku yang dipinta Syafiqah.
Farhan....Farhan...desis hati kecilnya sendirian.

No comments:

Post a Comment