Kebiasaannya, Safwan akan mengulang kaji pelajarannya bersama-sama Syafiqah.Tetapi,dia bersendirian pada petang itu.Dia duduk di bangku bersebelahan dengan rumahnya.Safwan langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada pembacaannya.Buku dan nota subjek Kimia dibelek tanpa memahaminya.Fikirannya menerawang jauh.Rohnya terbang melayang mengigati peristiwa pagi tadi.Sekejap sekejap,dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Runsing memikirkan cara mahu memujuk Syafiqah.
"Assalamualaikum.."sayup-sayup kedengaran suara seseorang memberi salam.Mata Safwan cepat sahaja menangkap kelibat seseorang di luar pagar rumahnya.Dia bingkas bangun.Gadis berambut ikal mayang itu macam pernah dilihatnya.Apabila dia semakin menghampiri pintu pagar rumahnya,api kemarahannya kembali mendidih.Bibirnya merengus kasar.
"Kau?nak apa datang sini?"tanya Safwan sambil mengetap bibirnya kuat.Haslinda buat muka bodoh.
"Saya datang ni nak mintak maaf.Salah ke?"jawab Haslinda.Dia menunduk.Namun,dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu.Dia menyumpah-nyumpah Safwan di dalam hati.Namun,dia perlu merebut hati Safwan itu dengan cara berpura-pura baik.
Safwan menatapnya tajam dari atas sampai bawah.Penampilan Haslinda pada petang itu berlainan sekali.Dia berbaju kurung!Jelek betul penampilan gadis itu pada pandangannya yang dirasakan hanya "lakonan" semata-mata.
''Kau pergi baliklah!Tak kuasa aku nak layan perempuan gedik macam kau ni!"Bentak Safwan kasar lantas meninggalkan Haslinda terkulat-kulat keseorangan disitu.Apa nak jadi,jadilah!Perkara utama yang difikirkannya sekarang ialah Syafiqah.Titik.
Puan Marissa hanya memerhati dari jauh pertengkaran antara anaknya dan Haslinda.Dia mengenali Haslinda kerana gadis itu merupakan anak kawan baik suaminya sendiri.Lebih-lebih lagi,bapa Haslinda sendiri merupakan pesaing utama suaminya dalam bisnes perniagaan.Namun,hatinya langsung tidak berkenan dengan sikap Haslinda.Walaupun gadis itu mempunyai wajah yang cukup menawan,namun sifat kegedikannya jelas terserlah.Sikap mengada-ngada,manja yang dibuat-buat benar-benar membuatkannya tidak selesa suatu ketika dulu tatkala gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai teman rapat Safwan.Masa itu,majlis sambutan hari lahir Safwan yang diadakan di rumahnya.Semua rakan-rakan Safwan dijemput hadir.Ya,dia masih mengigati gadis itu.Sudahnya,dia memerhatikan sahaja Haslinda meninggalkan perkarangan rumahnya dengan seribu satu persoalan yang berlegar-legar di fikirannya.
USAI solat Isyak,Safwan melabuhkan punggungnya di atas sofa.Dan,pada kesempatan itu jugalah Puan Marissa datang menghampirinya.
"Safwan,boleh mama tanya sikit?"tanya Puan Marissa sambil menatap lembut wajah anaknya.Safwan hanya mengangguk.Kepalanya ditundukkan.Dia tahu,mamanya ingin menyoal masalah peribadinya.Mungkin mama melihat dirinya dengan Haslinda petang tadi.Fikirannya ligat berfikir.
"Mama tengok Safwan macam ada masalah je.Kalau tak keberatan,kongsilah dengan mama.Mana tahu mama boleh tolong.."beritahu Puan Marissa.Safwan mengeluh kecil.Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.Kenapa sesak sangat dadanya hari ini?
"Mama,Wan tak tahu nak start daripada mana,ma.Nak kata berat tu,tak jugalah.Wan hanya fikir pasal Syafiqah je sekarang ni..."beritahu Safwan jujur.
Puan Marissa mula mengimbas kembali wajah Syafiqah.Cuba mengigati gadis itu.Wajah itu putih melepak.Walaupun badannya sedikit berisi,tetapi dia tetap 'menawan' pada pandangan matanya.Ibaratnya,sejuk mata memandang.Gadis itu berbeza daripada gadis-gadis lain.Gadis itu sangat berbudi bahasa dan penyantun orangnya serta menghormati orang tua.Tanpa dipinta,Safwan menceritakan segalanya kepada Puan Marissa dari awal sampai akhir.Dia mengerti dan faham perasaan anaknya.Al-maklumlah,remaja.Anaknya menyimpan perassan pada gadis bernama Syafiqah.Masalahnya,Safwan tidak tahu cara untuk memujuk kembali gadis itu.Akhirnya,dia senyum sendiri.Mula mendapat idea untuk memulihkan kembali hubungan antara Safwan dan gadis itu.
No comments:
Post a Comment