Tuesday, 2 August 2011

novel syafiqah 5

BEBERAPA minggu lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula..Semua pelajar tingkatan lima sibuk mengulang kaji pelajaran masing-masing.Segala benda yang menyerabutkan fikiran ditolak tepi terlebih dahulu.Syafiqah lebih senang membuat 'study group' dengan rakan-rakannya.Teknik ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan belajar bersendirian.Tapi,ianya bergantung kepada seseorang untuk belajar berkumpulan ataupun belajar bersendirian.Di suatu sudut,Haslinda dan dua orang 'bodyguardnya' hanya memerhati dari jauh Syafiqah dan teman-teman lain sedang berdiskusi tentang matapelajaran Fizik.Sebagai 'mentor',Syafiqah tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada teman-teman lain.Haslinda sedia maklum tentang itu.Namun,dia sangat bencikan gadis itu gara-gara seorang lelaki.Dia tidak nampak apa kelebihan Syafiqah sehinggakan Safwan boleh jatuh hati pada gadis itu.Haslinda langsung tidak menghiraukan buku yang dipegangnya.Dia malas untuk study.Baginya,masa ini hanyalah untuk goyang kaki tanpa mahu menyerabutkan otak membaca buku.'Aku kan bijak.Buat apa baca buku macam budak lembab tu!'Gumam hati kecilnya sendiri.Langsung tidak gentar dengan peperiksaan penting tersebut walhal,hanya beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan akan bermula.Nurul dan Elida juga begitu.Mereka terikut-ikut dengan perangai Haslinda.
Tiba-tiba sahaja mata Haslinda terpandangkan Safwan yang berjalan menuju ke arahnya.Wajah redup Safwan membuatkan dia tidak keruan.Apatah lagi,Safwan makin menghampiri dirinya dengan senyuman terukir di bibir.
"Hai,Wan..mari sini nak jumpa Lynn ke?"tanya Elida tiba-tiba.Haslinda menyiku temannya itu.
"Ha'ah.Nak jumpa dia.Ajak study.Kan dah dekat nak exam....."beritahu Safwan jujur.Di tangannya terdapat beberapa nota dan satu fail berwarna kuning.
"What?kita nak study sama-sama?yahooooooooo......"Haslinda bersorak kegembiraan sambil meloncat-loncat di hadapan Safwan.Di dalam hati,Safwan hanya menyumpah seranah Haslinda.Sungguh jengkel hatinya melihat perlakuan Haslinda yang dirasakan tak ubah macam budak tadika.Suara Haslinda yang menjerit keriangan betul-betul mengganggu diskusi antara Syafiqah dan teman-teman lain.Mata Syafiqah tiba-tiba tertancap pada Safwan.Tiba-tiba sahaja hatinya dipagut rasa kecewa.Hari itu,bukan main lagi Safwan memarahi Haslinda..alih-alih hari ini berbaik pula.Bibirnya diketap kuat.Dia cuba menahan rasa.Namun,cepat-cepat juga rasa itu diusir pergi.'Buat apa nak fikir lagi pasal ni?aku dah nak exam pun.Syafiqah...bagi tumpuan,pleaselah....'bisik hati kecilnya sendiri.Matanya beradu pandang dengan mata Safwan.Dia cuba tersenyum,namun Safwan buat muka bodoh.Mata Safwan dialihkan ke arah lain.Namun,dalam hatinya,hanya ALLAH yang tahu.Dia buat macam ni bersebab.Dia nekad akan mengajar Haslinda cukup-cukup.



Haslinda teruja kerana Safwan mengajaknya untuk berbincang tentang pelajaran.Sengaja dia mengambil tempat di sebelah Safwan.Safwan hanya membiarkan,namun dengan satu syarat.Nurul dan Elida perlu ikut sama..Haslinda hanya menurut walau dalam hati ingin sahaja dia duduk berdua-duaan dengan Safwan.Safwan sudah mula memasang strategi.Seandainya Haslinda tanpa segan silu mengambil kesempatan ke atasnya,dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

"Wan,Lynn suka sangat hari ini dapat belajar dengan Wan..."beritahu Haslinda dengan gaya manja.Rambutnya yang menggerbang dikuak ke belakang.Ditenung Safwan di sebelah dengan wajah lunak.Safwan hanya tersenyum simpul ke arahnya.Jelek dia dengan sikap Haslinda.
"Wan..Lynn sayangkan Wan..."ucap Haslinda perlahan sambil mencapai tangan Safwan lalu digenggam erat.Tangannya mengelus lembut pipi Safwan.Nurul dan Elida buat-buat tiadak nampak.Cuak betul mereka dengan perbuatan Haslinda.Safwan buat muka bodoh.Nasib baik imannya masih kuat.Langsung tidak rasa apa-apa apabila bersama Haslinda.Beberapa pasang mata yang lalu-lalang di hadapan mereka hanya memerhati.Ada yang tersiul-siul.Siapa tak kenal Haslinda @ Lynn di sekolah?pelajar paling meletup di sekolah mereka.
"Wan....."seru Haslinda lagi sambil merapatkan lagi jarak antara dia dengan Safwan.Kli ini,Safwan sudah tidak boleh bersabar lagi.Ditolaknya Haslinda sekuat hati sehinggakan gadis itu jatuh terjelepok di lantai simen berhadapan kelas mereka.
"Padan muka.Puas hati aku.Dah la gedik,miang pulak!Kau tu betul-betul perempuan murah yang langsung tak tahu malu!"Pekik Safwan lantang.Haslinda menggosok perlahan punggungnya.Sakitnya tidak terperi,namun digagahi juga untuk bangun.Di dalam hati,menyumpah seranah Safwan yang sanggup memperlakukannya sedemikian rupa.Mata-mata nakal yang sedari tadi hanya memerhati mentertawakan dirinya yang jatuh terjelepok macam nangka busuk saja bunyinya.Nurul dan Elida cuba membantu,namun cuba ditepis oleh Haslinda.
"Sampai hati kau buat aku macam ni.Aku tak sangka,kau langsung tak ada hati kat aku,sedangkan berlambak jantan kat sini meminati aku..."beritahu Haslinda bangga.Safwan hanya mencebir.
"Kalau setakat minat itu biasa,tapi untuk mereka menjadikan kau teman hidup,sorry banyak-banyak la.."beritahu Safwan kuat.
"Gedik nak mampus!"Pekik salah seorang teman Safwan,Hairul Hasbi namanya.Dia berdiri di hadapan Safwan.Jari telunjuknya dihalakan ke arah Haslinda.
"Kau tu berlagak.Aku tak pernah jumpa lagi perempuan macam kau ni.Huh,setakat muka je lawa buat apa?kami para pria ni tak berseleralah nak jadikan perempuan macam kau ni teman sehidup semati!"Hambur Hairul Hasbi dengan suara lantang.Haslinda terdiam.Dia dimalukan sebegitu rupa di hadapan ramai lelaki pada hari ini.Dirinya rasa tercabar.Tanpa membuang masa,dia terus angkat kaki dan terus blah dari situ membuatkan semua yang berada di situ mentertawakan dirinya.

No comments:

Post a Comment